Monday, 3 December 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SEMESTER 2)

DUNIA SENI VISUAL - RESIS

Mata pelajaran     : Dunia Seni Visual
Tahun                   : 3 Maju
Tarikh/Masa         :  16.10.2012   /   8.30-9.30 pg
Bidang                  : Membuat Rekaan dan Corak
Aktiviti                 : Resis
Tajuk                    : Batik Tradisional
Masa                     : 60 minit
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah menggunakan Krayon untuk mewarna
Objektif P&P ( hasil pembelajaran) : Pada akhir pelajaran murid dapat:-
                              1. Menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan
                                  dalam menghasilkan corak.
                              2. Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
                                  dalam menghasilkan corak.
                              3. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta 
                                  kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak.
                              4. membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan rakan dengan memberikan
                                  penekanan pada bahasa seni visual.
Keperluan:
Alatan                   : surat khabar, berus lukisan, span, pensil dan pemadam
Bahan                    : Kertas lukisan, air, warna air, krayon dan 'liquid paper'
BBM                     : Kain bercorak batik, peralan ICT(tayangan video, MS Powerpoint),
KBKK                   : Kreatif: Pelajar menjana idea dalam penghasilan karya
Penerapan Nilai    : Kerjasama, cermat, bersih dan kemas
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
Masa : 5 minit
1.Guru menunjukkan pelbagai corak teknik resis dengan menggunakan ‘power point presentation’.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti garisan, jalinan, warna, irama dan pergerakan serta kepelbagaian.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang media yang sesuai untuk membuat corak batik dengan menggunakan teknik resis.
Murid mendengar penerangan dari guru.
 
TKP- Verbal
Langkah 1
(Pemerhatian)
Masa : 10 minit
Guru menunjukkan video (You Tube) cara menghasilkan corak batik dengan menggunakan teknik resis.
Murid memberi perhatian terhadap penerangan oleh guru dan tunjuk cara rakan murid.
TKP - Verbal
Langkah 2
(Penerokaan )
10 minit
1.Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan video yang ditonton sebentar tadi.
2.Murid menyatakan langkah-langkah yang perlu diikuti mengikut susunan (melukis, mewarna dengan menggunakan krayon, menyapu warna air dan kemaskan corak dengan menggunakan 'liquid paper').
Murid memerhati tujuk ajar dari guru.
 
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 3
(Penghasilan)
Masa : 30 minit
1.Murid menjalankan aktiviti melukis corak batik dengan teknik resis mengikut kreativiti.
2. Murid mewarnakan corak batik dengan krayon.
3. Murid menyapu warna air pada latar belakang kertas lukisan.
4. Murid mengeringkan kertas lukisan di bawah sinar matahari.
5. Murid melukis sempadan corak batik agar nampak lebih kemas dengan menggunakan 'liquid paper'.
1.Murid membuat corak teknik resis di bawah bimbingan guru
2. Guru memantau semasa aktiviti dijalankan oleh murid.
3. Murid menghasilkan corak batik
 
Gabungan pelbagai teknik
 
KBKK – pelajar menjana idea
 
Penutup/
Appresiasi
Masa : 5 minit
1. Murid mempamerkan hasil kerja.
2. Murid berceritakan dan menyatakan perasaan semasa menghasilkan hasil kerja sendiri kepada guru dan rakan.
- Guru menggunakan persembahan MS-word sebagai panduan murid untuk bercerita dan menyatakan perasaan.
3. Murid memberi pelbagai cadangan untuk menggunakan teknik resis bagi rekaan yang lain. Contohnya: batik bercorak abstrak, kad ucapan dan sebagainya.
Murid menceritakan semula tentang hasil karya mereka
TKP – kecerdasan verbal Linguistik
 
 
 
 
 










No comments:

Post a Comment